Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 32

27 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2024 (Jumaat), NADI Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 32 pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang menyertai kursus dari rumah masing-masing.

Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta Kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz selepas selesai setiap sesi bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali